klik sini

Wednesday, 21 September 2011

9/2011

(7 GAMBAR) Foto Pra-Perkahwinan Norman Hakim Dan Memey Suhaiza

Norman Hakim dan Memey Suhaiza akan melangsungkan perkahwinan di kampung Memey di FELDA Tenggaroh, Johor 24 September ini dan majlis resepsi berlangsung di Crowne Plaza Mutiara di Kuala Lumpur pada 28 September. Iezla Bridal House telah mempamer gambar-gambar dari sesi foto pra-perkahwinan mereka.

Teruskan Membaca Gosip Ini Sepenuhnya

Nuffnang Ads


Baju Kahwin Memey Akan Dipamer Di Muzium


Kami pasti gaun, sut dan kasut bertatahkan mutiara Rafflesia untuk majlis resepsi Memey Suhaiza dan Norman Hakim pastinya cantik tetapi agak menarik perhatian juga apabila mendengar melalui Diva Kosmo yang ia akan dipamerkan di Muzium Negara selepas selesai majlis resepsi.
Bagi kami hanya item-item tertentu memang layak untuk dipamerkan di sana, sebagai contoh, Piala Suzuki AFF 2010 yang dimenangi oleh pasukan bola sepak kebangsaan, kerana ianya bernilai kepada negara dan mempunyai makna kepada masyarakat secara keseluruhannya.
Kami memandang positif pada perkahwinan Memey Suhaiza dan Norman Hakim tetapi nilai profesional Memey dan Norman sebagai pelakon, bagi kami,  dan juga gaun, sut dan kasut bertatahkan mutiara Rafflesia tidak memiliki signifikan kepada masyarakat untuk melayakkan item-item yang dipinjamkan padanya oleh syarikat barangan kemas berasaskan mutiara tersebut dipamerkan sehingga ke tahap itu.
Apakah mutiara Rafflesia sebenarnya setaraf nilai berlian?

Ahmad Idham Nafi Hantu Bonceng Bertujuan Hina Rasulullah

Berhubung dakwaan filem Hantu Bonceng menghina Rasulullah, walaupun Zizan Razak, pelakon utama filem Hantu Bonceng sudah pun meminta maaf, pengarah filem tersebut kelihatan tidak mempunyai niat yang sama dan melalui Mstar Online mendakwa adegan yang dimaksudkan langsung tidak bertujuan untuk mempersendakan kalimah syahadah.

“Saya pelik mengapa perkara ini dibesar-besarkan kerana jika diperhatikan adegan tersebut tidak langsung mempersendakan kalimah syahadah. Cuma hanya cara lontaran dialog tersebut sahaja yang telah disalah tafsirkan.
Mungkin itu kata kuncinya, ‘tidak bertujuan’. Tetapi bukan seorang dua, malah ramai pihak memandangnya sebagai sesuatu yang menghina Rasulullah.
“”Jika ia benar-benar mempersendakan kalimah syahadah sudah tentu ia dipotong oleh LPFM dan mengapa baru sekarang isu ini timbul selelah filem itu habis ditayangkan di pawagam? Ini bermakna ada segelintir pihak sengaja menimbulkan isu tersebut dengan mempunyai agenda tertentu.”
Itu mudah saja, bagi pihak kami, kerana Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPFM) juga dibarisi oleh manusia, dan sebagai manusia, dengan pelbagai filem untuk dinilai dan ditapis, mungkin juga terlepas pandang. Manusia tidak sempurna.
Ahmad Idham juga perlu memikirkan kemungkinan isu ini tidak timbul sebelum ini kerana yang menonton di pawagam datang dengan tidak berfikir dan hanya mahu berhibur. Begitu pun ada juga dakwaan yang filem Hantu Bonceng menghina Islam sebelum ini, ini bukan perkara baru. Disebabkan ia sudah ditayangkan di ASTRO First, ia telah ditayangkan ke segmen khalayak yang berbeza, dan ia boleh diulang tayang selama 48 jam. Jadi penilaian terhadap filem itu oleh orang ramai akan menjadi lebih menyeluruh.
Bagi kami, tak rugi sekadar memohon maaf. Kita semua hanyalah manusia yang membuat kesilapan.

Mamat Sepah Mengaku Salah Dedahkan Rambut Fida

Akhirnya Mamat Sepah mengakui yang punca penyebaran gambar Fida di bawah ialah silapnya. Gambar di bawah diambil semasa dia, Fida dan beberapa orang rakan sedang pergi bercuti ke sebuah destinasi. Menurutnya, semasa gambar tersebut diambil, dia tidak perasan sebahagian rambut kekasihnya itu terdedah kerana tidak memakai cermin mata ketika itu.
fida bukak tudung
Kata Mamat Sepah kepada Mstar:-
Saya mengakui itu adalah salah saya tetapi sejujurnya saya tidak berniat untuk mengaibkan nama baik Fida pada mata masyarakat. Dia adalah seorang gadis yang baik. Semasa kejadian Fida di dalam kereta dan secara spontan saya mengambil gambar tersebut tanpa menyedari sebahagian rambutnya terdedah tambahan pula saya tidak memakai cermin mata. Tanpa berfikir panjang saya terus memuat naik gambar tersebut di laman Facebook milik saya. Saya sangat berharap perkara ini tidak melarat kerana takut orang akan mengatakan saya telah mengubah Fida melakukan perkara tidak baik sejak berkawan dengan saya.
.
Harap-harap Mamat dan Fida selepas ini lebih berhati-hati dan tidak mengulangi kesilapan yang sama.


No comments:

Post a Comment