
Foto ehsan : Mohd Redzuan (Cipot Redz)
“Perubahan yang dilakukan oleh isteri saya memang telah dijangkakan, cuma saya tidak sangka perkara ini terjadi di awal perkahwinan kami. Saya gembira & bersyukur kerana isteri saya benar-benar ikhlas untuk memakai tudung. Satu hadiah yang terbaik sebagai ulang tahun perkahwinan kami yang pertama nanti,” kata Megat Bashirun Qayyum dalam nada gembira apabila memberikan komen mengenai penampilan Raja Farah.Megat juga menyarankan Raja Farah supaya kekal bertudung kerana enggan membangkitkan sebarang kontroversi atau kata-kata kurang enak daripada orang luar.
“Saya telah berpesan kepada isteri supaya kekal bertudung dan bukannya memasang niat separuh jalan. Bukan apa, saya tidak mahu isu-isu sebegini diperkatakan oleh orang luar pula. Lagi pun, kontroversi yang lepas masih meninggalkan impak kepada kami sekeluarga. Apa pun, saya mendoakan agar tuhan menetapkan niat isteri untuk kekal bertudung, amin,” jelas Megat yang ditemani oleh Raja Farah di PWTC, minggu lepas.

Enjoice Takeover – Mizz nina Feat Flo Rida selepas ini. Manakala, video dibawah merupakan rakaman behind the scene sepanjang pengambaran Takeover di Miami.

Dibebani 2 tugasan menuntut Syed mengorbankan lebih masa untuk kareer berbanding keluarga. Disebabkan itu, timbul pula cerita kononnya Syed akan meletakkan jawatan daripada Tanjung Offshore kerana kekangan masa. Temubual OHBULAN! bersama Syed di One Utama semalam membongkar isi hati seorang pelakon, dan profesional.

“Antara yang menjadi isu mengenai perletakan jawatan saya ialah keluarga. Sejak memikul 2 tugasan, saya akui terpaksa berkejar ke sana dan ke sini sehingga mengabaikan keluarga. Saya gusar, anak saya yang masih kecil akan kurang mendapat perhatian daripada saya. Itulah salah satu sebab saya perlu pilih salah satu kareer, walaupun hati ini amat berat nak lepaskan,” jelas Syed membuka ceritanya.
Tidak Terkilan Lepaskan Jawatan
“Tugas saya di Tanjung Offshore sememangnya sama dengan tugas saya sebagai DJ. Walau bagaimanapun, saya memilih untuk menjadi DJ kerana ingin mencuba sesuatu yang baru. Nak kata sayang tu, memang ada. Cuma, kalau imbas kembali, apa yang saya lalui sekarang pun saya tidak jangka.
“Perumpamaanya seperti di depan ada dua simpang. Kita perlu pilih satu jalan mengikut kata hati,” kata Syed lagi.
Kritikan Pendengar Terhadap Usop Wilcha
“Mengenai selera pendengar, benda ini amat subjektif. Ada yang kata bagus, ada yang tidak. Dalam industri hiburan, kita tak boleh nak puaskan hati semua pihak. Namun, saya masih menerima kritikan yang membina untuk memperbaiki apa sahaja kekurangan dalam penyampaian di radio. Apa yang saya boleh buat adalah melakukan kerja dengan ikhlas dan terbaik.
“Fenomena Usop Wilcha ini membuatkan ramai pendengar mempunyai expectation yang tinggi. Berikan masa, saya akan slowly inject some humor di konti.
“Saya faham, ramai orang meletakkan harapan terhadap Usop Wilcha di radio. Bezanya, kredibiliti Usop Wilcha secara visual sudah terbukti. Kini, saya perlu fokus untuk memperbaiki watak Usop Wilcha secara audio.
Menghiburkan Pendengar Di Radio, Amat Mencabar
“Saya ambil peluang sebagai DJ kerana nak mencari kelainan dalam kareer. Walaupun mencabar, saya ikhlas bekerja untuk menghiburkan para pendengar. Namun, saya tak boleh nak jadi Usop Wilcha sepanjang masa. Itu akan membuatkan saya tidak ikhlas terhadap diri sendiri.
“Saya masih perlukan masa untuk menjadi Usop Wilcha, kerana saya sudah 45 tahun menjadi Syed. Saya harap, pendengar faham & memberikan sokongan yang padu kepada kareer saya,” kata Syed mengakhiri temubual bersama OHBULAN!

Rekod yang sebelum ini dipegang oleh penghibur lagenda, Micheal Jackson, telah dipecahkan dengan lagu-lagu Katy Perry iaitu, ‘California Gurls’, ‘Teenage Dream’, ‘Firework’ , ‘E.T.’, dan juga lagu terbarunya iaitu ‘Last Friday Night (T.G.I.F)’.
Pencapaian ini adalah satu kejayaan bagi Katy Perry yang boleh dikira masih baru lagi dalam industri hiburan. Kepada peminat-peminat Katy Perry, tak rugi anda beli album beliau. Kami paling suka lagu ‘Last Friday Night (T.G.I.F)’ sebab ada lirik sebut, TGIF, TGIF, TGIf, ulang-ulang. Yeahh!

“I’ve got a girlfriend at the moment, who I am very much in love with, so, you know, we’ll see where that goes.”Daniel Radcliffe yang baru berumur 22 tahun ini juga pernah disenaraikan dalam senarai 500 individu terkaya di dunia hasil dari pendapatannya sebagai pelakon filem Harry Potter.
Sumber asal – eOnline

JYJ Jaejoong telah dipilih sebagai artis lelaki paling kacak di seluruh Asia dalam ‘2011 Teen Choice: Asia’s Most Handsome Star‘ apabila 7 laman portal berbeza dari Republik China telah membuat undian secara online selama 4 bulan.
Kami tahu mungkin ada ramai peminat artis Korea lain akan menafikan kekacakannya Jaejoong. Tapi cuba anda bayangkan penduduk negara China saja sudah mencecah hampir 1.4 bilion, jadi kami rasa sudah cukup untuk membuktikan yang dia memang cukup kacak. Kan?
Kami terbayang apa akan terjadi jika artis “M-Pop” kita tersenarai dalam undian artis lelaki paling kacak di Asia? Haha.

Walau bagaimanapun, pertemuan Erin Malik bersama OHBULAN! di pelancaran program raya TV3 & TV9 di One Utama, Damansara, tengah hari tadi secara langsung membuka isi hati yang selama ini terbuku dalam diri pelakon remaja ini. Ikuti temubualnya selepas ini.
“Ada orang cakap I jadi macam ni kerana bapa I kahwin lain, ada yang mendakwa I jenis sosial & bermacam lagi yang dilemparkan kepada I. I mengaku buat salah kerana bertindik di lidah, I mengaku adakalanya diri ini memang nakal, suka memberontak & sebagainya. Tetapi, I bukan jenis sosial.
“I jenis yang buat salah sekejap je, lepas tu insaf balik. Sebagai remaja, ada perkara yang dilakukan oleh I merupakan benda yang tidak dirancang. Kejap nak buat itu, kejap nak buat ini. Keluarga juga tau apa yang I lakukan, mereka tetap menegur I. Cuma, ada masanya apabila I geram, I akan rebel,” kata Erin Malik dalam nada serius.

Erin Malik Paparkan Bahagian Lidah Yang Ditindik Dalam Sebuah Program TV.
Erin Malik memaklumkan bahawa dia bersikap positif terhadap apa sahaja dakwaan dan hinaan yang dilemparkan oleh orang ramai terhadap dirinya.
“Erin tak marah, mungkin daripada luar orang nampak Erin ni jahat. Tapi, Erin minta kepada mereka yang tidak mengenali diri ini secara peribadi, supaya jangan cepat menjatuhkan hukuman kepada Erin. Kepada sesiapa yang salah faham, anda boleh dapatkan penjelasan penuh daripada Erin seperti dipaparkan dalam rancangan tv berkenaan,” kata Erin Malik yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahun ini.

Sebelum ini kita dikejutkan dengan penangkapan Benjy atas kesalahan menyimpan dadah sebanyak 0.24 gram jenis syabu di kediamannnya pada bulan Mac 2010. Benjy atau name sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim pernah popular dengan drama-drama pada era 90-an.
Benjy yang kelihatan semakin berisi selepas beberapa siri penangkapannnya turut berkata,
“Saya lega, telah bebas dan semua berakhir, terima kasih kepada rakan-rakan atas sokongan, saya kembali.”Kami turut berharap agar Benjy turut memulakan hidup baru sebagai seorang pelakon yang disanjungi seperti dulu. Ramai peminat-peminat diluar sana yang masih menantikan kepulangan Benjy yang sebenar.
Sumber asal Kosmo.

Nerina Pallot, 37, seorang penyanyi dan penulis lirik yang berasal dari Britain ini pernah dinominasikan dalam BRIT Award dan Ivor Novella Award. Beliau telah mengeluarkan muzik video bagi single terbarunya yang bertajuk Turn Me On Again. Nerina Pallot telah mula menulis lirik sendiri dan bermain piano ketika berumur 13 tahun dan kini sudah mempunyai 4 album yang mempunyai jualan platinum.
Kami amat meminati lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Nerina Pallot kerana ianya memberikan irama yang menenangkan jiwa dan suasana releks. Kami pasti jika anda meminati Lenka ataupun lagu yang tenang, lagu-lagu Nerina Pallot sesuai untuk anda. Layankan video selepas ini!

Kepada peminat-peminat cerita seram dan juga filem bersiri, Paranormal Activity, filem ini akan kembali dengan lebih mantap dan dikhabarkan ianya adalah prekuel kepada Paranormal Activity 1 & 2 dan mengisahkan tentang Katie dan Kristi ketika masih kecil pada tahun 1988 iaiatu 18 tahun sebelum kejadian pada filem sebelumnya berlaku.
Penggambaran telah dimulakan pada Jun lepas dan masih tiada berita rasmi lagi dari pihak produser. Yang penting, filem ini akan ditayangkan pada 21 Oktober ini dan nantikan sahajalah untuk filem ini memasuki panggung di Malaysia. Kami tidak mahu bercerita panjang, anda lihat sendiri trailer selepas ini. Yeahh! Teruskan Membaca →

Sebelum ini, peminat-peminat Jackie Chan yang juga seorang pelakon, pengarah dan pelawak ini telah dikejutkan dengan berita kematiannya pada bulan Mac tahun ini apabila khabar angin di laman Twitter tersebar mengatakan beliau kemalangan dan mati ketika bermain luncur salji di Switzerland.
Khabar angin diatas dinafikan sekerasnya apabila berita mengatakan Jackie Chan masih hidup dan baru menghabiskan penggambaran untuk filem “Xinhai Geming” yang mengisahkan tentang kewujudan Republic Of China apabila rakyat mendesak Dinasti Qing digulingkan.

Kebiasaannya, mana-mana artis baru memang ternantikan panggilan telefon, twitter atau facebook daripada media untuk tujuan publisiti atau promosi. Media juga memerlukan artis untuk menyediakan kandungan akhbar terkini sebagai santapan pembaca. Pendek kata, kedua-dua pihak saling bergantung antara satu sama lain. Hubungan media & artis ini di satu tahap boleh jadi kawan rapat disebabkan selalu bertemu di lokasi persembahan atau kedai mamak.
Walau bagaimanapun, tradisi media & artis ini tidak diendahkan oleh seorang artis remaja baru yang dicedok daripada Youtube ini. Baru-baru ini, kami melihat sendiri kepayahan seorang wakil program tv yang cuba mendapatkan nombor telefon daripada penyanyi gadis cilik ini.
Kami melihat twitter wakil program itu kepada penyanyi berkenaan beberapa hari lalu.
Sebenarnya, wakil program itu merancang untuk menampilkan penyanyi muda ini dalam sebuah program amal sempena bulan Ramadhan di luar ibu negara. Dan kalau tak silap, program itu bakal diadakan di negeri yang sama dengan tempat tinggal penyanyi itu. Wakil program ini pada awalnya kagum dengan bakat yang dimiliki oleh gadis cilik ini, apatah lagi umur penyanyi itu yang belasan tahun amat sesuai untuk meraikan tetamu yang terdiri dari keluarga kurang berkemampuan bersama anak-anak mereka.
Melalui twitter-nya, wakil program tv itu menanyakan kemungkinan penyanyi itu berminat dengan program berkenaan dan selepas beberapa jam, apa yang kami lihat, penyanyi itu menjawab – sangat berminat! Ya, kami memang sentiasa membaca twitter artis kita ni.
Apabila menerima jawapan dari artis itu, dengan segera wakil program itu meminta nombor telefon untuk dihubungi. Lazimnya, pada pengalaman kami, artis tak akan memberikan nombor telefon mereka sebaliknya memberikan nombor pengurus. Tetapi ada juga artis yang memberikan nombor mereka sebab orang media ni nak nombor telefon bukan nak dijaja atau nak ajak join MLM. Untuk kebaikan artis tu juga kan.
Apabila twitter menanyakan nombor untuk dihubungi, artis itu terus senyap. Tak tahu’lah tak mahu jawab ke, sibuk ke.
Kami turut mencuba menghantar tweet kepada artis ini, tetapi turut tak menerima apa jawapan. Pelik tak?
Manakala wakil program tv tu, tak putus asa, dia hantar lagi mesej menanyakan nombor untuk dihubungi, tetapi sama juga, tiada jawapan. Yang peliknya, sehari beberapa mesej dihantar melalui twitter, ternampak juga update twitter dari artis ini. Takkan dia tak nampak mesej itu? Atau memang sengaja nak hindar dari menjawab? Atau sebab bajet artis, so tak ada keperluan nak menjawab?
Dan kami bertambah pelik, ada pula dia muncul dalam satu program televisyen secara live. Bila tengok macam tu, kami buat kesimpulan, mungkin program amal tak komersial untuk artis ini kot.
Kalau dia beri alasan enggan memberi nombor telefon melalui twitter, untuk makluman artis ini, di twitter ada fungsi Direct Message di mana mesej hanya boleh dibaca penerima sahaja. Bukan untuk public.
Kami pernah melihat artis otai seperti Altimet yang pernah dijemput melalui twitter, cepat je dia respons. Kan bagus macam tu. Pada kami, twitter kan salah satu cara kita berkomunikasi sejajar dengan peredaran masa. Kalau tak mahu dihubungi melalui twitter, baik tutup je, kan?

Keunikan kad jemputan Ashraf Muslim & Noor Dayana dilihat daripada penggunaan tulisan jawi dihiasi khat yang menampilkan ciri-ciri budaya masyarakat Islam. Konsep sebegini amat sesuai digandingkan dengan peribadi Ashraf Muslim & Noor Dayana yang mungkin ingin mengimarahkan lagi penggunaan tulisan jawi.

No comments:
Post a Comment